Tutup

Pengarah 'Power Rangers' bawa era baharu drama super hero ninja

Pengarah 'Power Rangers' bawa era baharu drama super hero ninja
Drama Jepun penuh aksi dengan kesan khas ini menampilkan ninja wanita menjadi teraju utama manakala versi animasi mengisahkan keturunan ninja. - Foto Twitter/BLACKFOX_Ninja
KUALA LUMPUR: Syarikat Jepun, Nihon Eiga Broadcasting Corporation bersama jawatankuasa penerbitannya, pada Rabu mengumumkan pelancaran drama Jepun terbaru dengan kesan khas, 'BLACKFOX: Age of the Ninja'.

Drama terbitan pengarah ikonik, Koichi Sakamoto yang telah menerbitkan 'Power Rangers', 'Ultraman' dan 'Kamen Rider', akan menjadi projek cantuman drama Samurai dan animasi yang pertama di dunia dengan animasi aksi SF tulen 'BLACKFOX' yang diterbitkan pengarah Kazuya Nomura dari Studio 3Hz.
"Saya telah memasukkan dalam produksi semua yang saya tahu, terutamanya yang saya pelajari dari masa saya di Hollywood - tempo, komitmen terhadap aksi dan penghormatan kepada kerja kegemaran saya. Saya gembira dengan hasilnya dan bersedia memberi inspirasi kepada orang ramai dari Jepun dan seluruh dunia," kata Sakamoto.

Drama Jepun penuh aksi dengan kesan khas ini menampilkan ninja wanita menjadi teraju utama manakala versi animasi mengisahkan keturunan ninja. Drama aksi itu berlatarbelakang masa lalu, kembali ke era ninja dan samurai.
Treler video pertama versi 'live-action' akan dikeluarkan pada 23 Mac di laman web rasmi dan akaun SNS rasmi, booth BS Fuji dan Infinite di 'AnimeJapan 2019' pada hari yang sama.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi https://www.jidaigeki.com/BLACKFOX_Ninja

-- BERNAMA