awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2019
04:05 MYT
Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia
Pengarah yang terkenal dengan filem, 'Hati Bukan Kristal', 'Kayangan' dan 'Lurah Dendam' berkenaan dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. - Gambar fail
Pengarah filem dan drama terkenal, Raja Ahmad Alauddin, 62 tahun menghembus nafas terakhir di kediamannya, di ibu negara pagi tadi.
Pengarah yang terkenal dengan filem, ‘Hati Bukan Kristal’, ‘Kayangan’, ‘Lurah Dendam’ dan 'Qaisy dan Laila' itu dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Astro AWANI difahamkan pelakon Shukri Yahya mengetuk pintu kediaman Allahyarham yang terletak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya namun tiada balasan sebelum mengambil tindakan menghubungi polis dan bomba untuk membantu memasuki rumahnya.
Alfatihah .......buat arwah sutradara Raja Ahmad Alauddin Yang baru meninggal dunia pagi tadi. Semoga Allah merahmati Dan mencucuri ke atas rohnya. Amin....
— osman ali (@osmanali_eranoi) August 29, 2019
Allahyarham turut terkenal dengan arahan 'Curi-Curi Cinta', drama romantik lakonan Zaharah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang pernah ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria, April lalu.
Selain itu, nukilan popular Allahyarham termasuk teledrama 'Arianna Rose', 'Demi Cinta Ain' dan 'Hanya Di Atas Kertas'.
Menurut pengarah dan sutradara filem, Habsah Hassan, beliau amat terkejut mengetahui pemergian teman rapatnya itu.
Menurut Habsah yang mesra dengan panggilan Kak Chah, Allahyarham memulakan karier dengan syarikat produksinya, Serangkai Filem Sdn Bhd dan merupakan seorang yang begitu komited dan berdedikasi.
Allahyarham memulakan karier dalam industri filem dan drama sebagai seorang pelatih. Beliau seorang yang ringan tulang, tidak kekok melakukan kerja-kerja belakang tabir bersama dengan kru produksi dan sangat merendah diri,” kata Habsah.
Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr Mahadi J. Murat, berkata beliau mula mengenali ketika mereka belajar di Universiti Kebangsaa Malaysia (UKM).
"Kami kemudian ke Jakarta membawa 'Hati Bukan Kristal' untuk program bersama persatuan Karyawan Indonesia. Kali terakhir saya ke rumah beliau untuk mengambil bahan untuk buku “Sutradara Kontemporari Malysia”. Alfathah," kata Dr Mahadi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Shah Alam, Selangor dan akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam petang ini.
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#habsah hassan
#Hati Bukan Kristal
#JBPM
#Lurah Dendam
#mahadi j murat
#meninggal dunia
#PDRM
#Raja Ahmad Alauddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan