awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman

Sinar Harian
Sinar Harian
23/02/2019
11:50 MYT
Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman
Apa yang istimewa adalah wang kertas itu mempunyai tandatangan Sudirman. - Twitter @art_harun
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkongsi gambar sehelai wang kertas RM1 lama di laman sosialnya yang disifatkan sebagai kenangan terindah bersama penyanyi lagenda negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Apa yang istimewa adalah wang kertas itu mempunyai tandatangan Sudirman.
Menceritakan momen bagaimana beliau memperoleh tandatangan itu, Azhar berkata, ia diperoleh ketika penyanyi itu menjayakan sebuah konsert pada 8 Mac 1980.
“Sudirman adalah idola saya. Saya ikut ke mana sahaja konsertnya. Dia tandatangan untuk saya di sebuah konsert pada 8 Mac 1980,” katanya melalui ciapan di Twitternya, semalam.
BACA: "Terima kasih kerana mengingati Sudirman" - Atai
BACA: Tubuhkan sekolah kesenian Sudirman Haji Arshad - Aznil Nawawi
Azhar berkata, Sudirman ketika itu turut menghadiahkannya senyuman selepas memaklumkan bahawa beliau ingin menyambung pelajaran dalam bidang perundangan, sama seperti penyanyi itu.
“Saya sedang menunggu keputusan Malaysian Certificate of Education (MCE). Sudirman tanya, ‘Adik nak belajar apa di universiti?’ Saya jawab, ‘Saya nak buat law (undang-undang)’. Dia terus senyum. Rindu saya pada Sudirman. AL-FATIHAH,” katanya.
Sudirman was my idol. Followed his concerts everywhere. He signed this backstage for me on 8.3.1980. I was then waiting for my MCE result. "Adik nak belajar apa kat uni", he asked. "Saya nak buat law", jawap saya. He smiled. I miss you. Al-fatihah. pic.twitter.com/IYzvEINXa6
— Art Harun V 2.0 (@art_harun) February 22, 2019
Tanggal 22 Februari 1992, negara kehilangan sebutir permata dalam pentas hiburan tanah air selepas pemergian Sudirman ketika berusia 32 tahun.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976.
Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran Penghibur Nombor 1 Asia sebelum ini. Tahun ini merupakan 27 tahun pemergian anak seni berbakat besar itu.
Topic Berkaitan
#Art Harun
#Azhar Azizan Harun
#idola
#SPR
#Sudirman
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan