Tutup

Penulis Malaysia, Zen Cho menang Anugerah Hugo

Penulis Malaysia, Zen Cho menang Anugerah Hugo
Zen Cho, penulis berbakat ini berasal dari Selangor dan turut bekerja sebagai seorang peguam.
PENULIS Malaysia, Zen Cho, 33, diberi pengiktirafan di Anugerah Hugo (Hugo Award).

Anugerah Hugo merupakan satu anugerah berprestij yang meraikan kesasteraan dan penulisan sains fiksyen.

Memetik laporan malaysiakini, karya Cho yang bertajuk 'If At First You Don't Succeed, Try, Try Again' telah memenangi kategori Penulis Novel (Novelette) Terbaik.
Kemenangan itu diumumkan di Konvensyen Sains Fiksyen Dunia ke-77 di Dublin, Ireland semalam.

"Saya memang tidak menjangka akan menang dalam anugerah ini, saya rasa bertuah kerana dicalonkan, tetapi memang tak terfikir yang saya akan menang.
"Sebelum ini saya sentiasa menghadiri acara yang dianjurkan oleh pihak Hugo, mungkin itu menjadi faktor saya tercalon.

"Kali ini, saya sudah meneka siapa calon lain yang akan memenangi kategori tersebut, tiba-tiba saya diumumkan menang"
 ujarnya.

Sedikit info mengenai Cho, penulis berbakat ini berasal dari Selangor dan turut bekerja sebagai seorang peguam.

Cho kini menetap dan melaksanakan tanggungjawab dalam kerjayanya di United Kingdom. - Sumber : malaysiakini

Tag: Penulis Malaysia, United Kingdom, Zen Cho, Anugerah Hugo, Hugo Award, If At First You Don't Succeed Try Try Again, Penulis Novel Novelette Terbaik, Konvensyen Sains Fiksyen Dunia, Dublin, Ireland


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.