awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi lagu 'Januari' Glenn Fredly meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2020
12:50 MYT
Penyanyi lagu 'Januari' Glenn Fredly meninggal dunia
Glenn, cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari.
Penyanyi Indonesia yang turut popular dalam kalangan pendengar Malaysia, Glenn Fredly, meninggal dunia hari ini jam 6 petang waktu tempatan.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.
Khabar duka itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi Tompi.
Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, di sini, akibat meningitis.
Glenn berkahwin dengan bintang dangdut Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Februari.
Glenn, atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.
Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.
Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.
Penyanyi wanita popular Rossa juga antara rakan selebriti terawal yang berkongsi rasa dukacita itu menerusi akaun Instagramnya.
"Dengan (perasaan) amat sedih, sahabat lama, teman lama saya, Glenn Fredly, baru saja meninggal dunia. Jadi minta doanya," ujarnya.
Sementara itu vokalis Noah, Ariel juga memuat naik posting menerusi akaun Instagramnya.
View this post on Instagram
A post shared by Ariel (@arielnoah) on
Apr 8, 2020 at 6:10am PDT
Topic Berkaitan
#glenn fredly
#glenn fredly meninggal dunia
#Indonesia
#Januari
#meninggal dunia
#penyanyi
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan