Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat Chris Brown hari ini ditahan oleh pihak polis berhubung dakwaan kes rogol dan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan AFP, ia susulan seorang wanita yang membuat dakwaan bahawa Brown,pengawal peribadi dan seorang rakannya telah merogolnya.

Kejadian dikatakan berlaku pada Selasa dan Rabu lalu di sebuah hotel terkemuka di Paris.

Bagaimana pun setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh penghibur berkenaan yang sebelum ini turut dikenali dengan perlakuan ganas terhadap bekas teman wanitanya, Rihanna.

Brown sememangnya dilaporkan berada di Paris pada waktu yang didakwa kerana menghadiri satu pertunjukkan fesyen.