awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perkahwinan bahagia perlu ada restu keluarga' - Fasha Sandha

Gempak
Gempak
18/03/2016
10:41 MYT
'Perkahwinan bahagia perlu ada restu keluarga' - Fasha Sandha
Pengakuan tersebut dinyatakan Fasha kepada Datuk Aznil Nawawi menerusi program LePaknil yang bakal bersiaran pada 9.30 malam, Jumaat. - Foto Instagram
SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri mengenai perceraiannya, pelakon Fasha Sandha akhirnya mengakui bahawa restu keluarga amat penting dalam sesebuah perkahwinan. Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 31, berkata restu daripada kedua-dua belah keluarga adalah penting untuk mendapatkan perkahwinan yang bahagia. Pengakuan tersebut dinyatakan Fasha kepada Datuk Aznil Nawawi menerusi program ‘LePaknil’ yang bakal bersiaran pada 9.30 malam, Jumaat. Selain itu Fasha turut mendedahkan, pertama kali dia melihat air mata bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai jatuh ialah ketika cerai dilafazkan di mahkamah selepas 10 tahun mengenali lelaki itu. Sejak sah bercerai pada 20 Januari lalu, Fasha enggan mengulas mengenai punca penceraiannya bersama Jejai. Bagaimanapun, Pak Nil berjaya membuatkan Fasha membuka mulut dan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi program ‘LePaknil’. Pak Nil juga berjaya mendekati dan menyelami perasaan Fasha dengan lebih mendalam tentang statusnya kini yang bergelar ibu tunggal. Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha. Untuk mengetahui apa lagi yang dikongsikan oleh Fasha kepada Pak Nil, jangan lupa saksikan ‘LePaknil’ 18 Mac di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Topic Berkaitan
#Aznil Nawawi
#Fasha Sandha
#LePaknil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan