SELEPAS lama berteka-teki, pelakon Nazim Othman akhirnya mengesahkan perkahwinannya dengan Bella Dally sudah berakhir.

Dalam kemas kini di akaun Instagram sebentar tadi, Nazim tidak memperincikan bila dia dan Bella bercerai, namun memaklumkan keputusan itu diambil atas persetujuan bersama.

"Dengan berat hati dan dukacita saya ingin memaklumkan perkahwinan saya dan Bella telah berakhir.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini. Sesungguhnya yang indah itu datang dari Allah dan kekurangan itu datang dari kekhilafan kami.

"Allah Maha Mengetahui semuanya," tulis Nazim.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on



Nazim, 34, dan Bella, 26, mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.