awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita

Syafique Shuib
Syafique Shuib
29/09/2015
12:14 MYT
'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita
Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens.
Jalan cerita yang seram dan lakonan mantap Maya Karin mereka antara faktor utama filem Jwanita begitu popular, dan menjadi perbualan hangat di media sosial.
Netizen yang teleh menonton filem ini bukan sahaja terhibur, tetapi turut teruja dengan adegan-adegan suspens.
Karya pengarah Osman Ali ternyata berjaya membuat penonton terjerit-jerit di panggung wayang, seperti yang dikongsi oleh netizen Nur AsyiQyn.
First time terjerit2 dlm wayang #Jwanita punye hal! Korg xkn boleh expect seramnye kt mne
— Nur AsyiQyn (@QynEsh) September 27, 2015
Jwanita ni seram gilaaa
— ا(@rab_bo) September 28, 2015
Mlm ni kali kedua lak layan #jwanita. Serius nak habaq nih syok karya @osmanali_eranoi . Tak tipu haih.Satu tmn duk cerita psl jwanita nih
— Kim (@EimanHakimy_) September 28, 2015
#Jwanita 1 of the best horror movie yg sy tgk. Berbaloi tgk kt wayang biarpun kali ke 2. Jgn tgk yang leak tu. Kualiti haok kan @maya_karin
— Ana uhibbukum (@suhanaujang) September 28, 2015
Pengarah Osman Ali turut menggunakan platform media sosial untuk mewar-warkan filem terbaru arahannya itu.
Menurut Osman dalam satu wawancara media bersama MStar, dia terkilan apabila Jwanita tidak diberikan ruang untuk dipromosikan di stesen televisyen hanya kerana mahu memberikan laluan kepada filem terbitan anak syarikat stesen televisyen tersebut.
Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.
Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan. Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita.
Maya Karin memegang watak Jwanita.
Ramai yang memuji lakonan beliau, dan ada juga berkata filem ini mengingatkan mereka dengan filem lakonan Maya Karin sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam.
@maya_karin's movies are always great. #Jwanita is one of the scariest malaysian movie ever. It reminds me of Pontianak Harum Sundal Malam.
— the.official_adi (@Akadi_sone) September 28, 2015
JWanita scary as I don't know what to say. Whatever it is, dang you nailed it!Remember this?! Hee @maya_karin pic.twitter.com/L83NNITJks
— #BPDAY15 | Tahirah (@tahirahsirat) September 28, 2015
Paling mengujakan apabila ada penonton dari Indonesia memuji filem tersebut dengan menyarankan agar pengarah filem seram Indonesia menonton untuk menghasilkan filem genre itu dengan lebih berkualiti.
Jwanita,mustinya tayang disini supaya sutradara horror indonesia bisa berkaca dan termotivasi bikin horor berkualitas pic.twitter.com/GomQKtr3OC
— arianto yung-yung (@cengliyung) September 27, 2015
Turut mendapat perhatian adalah tweet yang dimuat naik oleh Maya pada 26 September lalu.
Mendapat sebanyak 149 ulangan tweet, foto juadah sup jari jemari dikongsikan oleh pelakon itu.
Selamat menjamu selera dengan juadah sup jari jemari, juadah special Jwanita. #jwanita #jwanita_filem pic.twitter.com/URovlowx1N
— Maya Karin (@maya_karin) September 26, 2015
Hashtag #Jwanita trending sejak filem ini mula ditayangkan pada 24 September.
Maya Karin turut aktif untuk membalas pujian yang diterima, dan sering mengusik para peminatnya di Twitter.
#jwanita pic.twitter.com/MdI8qJIG62
— Maya Karin (@maya_karin) September 29, 2015
Hai @suhanaujang tak ape malam ni masa u tidur I datang bisik di telinga u #jwanita https://t.co/9ehxUeA9GA
— Maya Karin (@maya_karin) September 28, 2015
Ni filem dgn extra sound effect! https://t.co/2200wKFE4s
— Maya Karin (@maya_karin) September 29, 2015
I didn't either when I accepted the job! https://t.co/bwALISeES2
— Maya Karin (@maya_karin) September 28, 2015
Pelakon Bront Palarae yang memegang watak Farhan gembira filem Jwanita merupakan antara tiga filem tempatan yang menduduki carta box office pawagam GSC.
“Ini jarang berlaku,” kongsi Bront Palarae.
Happy melihat 3 filem tempatan berada dalam Top10 di carta Box Office. Ini jarang-jarang berlaku. https://t.co/jIvozGnmq5
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) September 28, 2015
Filem ini turut menampilkan penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang kongsi gambar berkenaan di Instagram:
#JWANITA
A photo posted by Marsha Milan Londoh (@marshamilan) on
Sep 27, 2015 at 8:46am PDT
Topic Berkaitan
#Bront Palarae
#filem seram
#jwanita
#Maya Karin
#Osman Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan