awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesan Caprice kepada netizen: 'Bagaimana jika Sajat bertaubat?'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/10/2017
07:30 MYT
Pesan Caprice kepada netizen: 'Bagaimana jika Sajat bertaubat?'
Caprice mempunyai pandangan tersendiri berkaitan Sajat dan mengajak orang ramai juga untuk turut sama memikirkannya.
NAMA Nur Sajat sering dikaitkan dengan perkara negatif dalam kalangan netizen. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana isu yang membelenggu dirinya selama beberapa tahun ini.
Namun penyanyi rap, Caprice, mempunyai pandangan tersendiri berkaitan Sajat dan mengajak orang ramai juga untuk turut sama memikirkannya.
Dalam kemas kini status terbaharu di Instagram, Caprice memuat naik satu video yang memperkatakan tentang Sajat dan tindakannya memuat naik status kontroversi ke laman sosial.
Jika majoriti pengguna laman sosial mengecam tindakan itu, tetapi Caprice memilih untuk melihatnya dari sudut yang lebih positif.
Just wanna throw an idea out there... to the internet. What IF...
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on
Oct 11, 2017 at 9:28pm PDT
Kata Caprice, di sebalik kritikan yang diterima, satu perkara yang harus diakui adalah pengaruh yang dimiliki Sajat.
"Dia mempunyai populariti dan wang. Tahukah anda betapa besar kuasa yang dimilikinya?
"Bagaimana jika dia bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik satu hari nanti? Bagaimana kalau kita semua telah tersalah menilai peranan Sajat dalam agama?" itu persoalan yang diutarakan Caprice.
Tambah Caprice lagi, jika itu terjadi satu hari nanti, Sajat akan melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa.
"Kita di sini, hanya mengkritik dan menghentam. Dia pula telah melakukan sesuatu yang luar biasa," kata Caprice.
Topic Berkaitan
#Caprice
#Islam
#kontroversi
#Nur Sajat
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan