awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Phantom of the Opera 'hantui' Istana Budaya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/06/2019
12:00 MYT
The Phantom of the Opera 'hantui' Istana Budaya
The Phantom (Jonathan Roxmouth) dan Christine Daae (Meghan Picerno) dalam satu babak 'The Phantom of the Opera'. - Base Ent
PEMENTASAN paling berjaya di Broadway dan West End, "The Phantom of the Opera" buat kali pertamanya menemui penonton di Malaysia.
Untuk tiga minggu sahaja, peminat berpeluang menyaksikan tiga watak utamanya -- The Phantom, Christine Daae dan Raoul -- secara langsung di pentas Istana Budaya.
Tidak sekadar jenama besar, "The Phantom of the Opera" juga membawa para pelakon dan kru terbaik dalam lapangan muzikal dan opera untuk merealisasikan naskhah asal novel karya Gaston Leroux itu.
"Apa yang anda lihat dan dengar dalam persembahan itu, kostum, set, muzik, adalah yang terbaik dalam dunia teater.
"Ia sebuah hiburan dan pementasan yang hebat, tetapi sebagai sebuah kisah cinta, ia luar biasa," kata Jonathan Roxmouth, pemeran watak The Phantom atau Erik.
Antara babak dalam 'The Phantom of the Opera'. - Base Entertainment
Antara babak dalam 'The Phantom of the Opera'. - Base Entertainment
Bagi Meghan Picerno yang membawa watak Christine Daae, dia berharap peminat di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton karya hebat yang julung kalinya dipersembahkan di negara ini.
"Ia sebuah kisah cinta yang boleh difahami semua dengan melodi indah hasil nukilan Andrew Lloyd Webber, arahan hebat Harold Prince, rekaan kostum yang cantik dari Maria serta pembabitan kru dan pelakon antarabangsa yang berpengalaman.
"Kami juga ada cara tersendiri dalam menterjemah watak masing-masing. Anda tidak akan dapat di tempat lain, jadi akan perlu datang menonton," ujar Picerno.
'The Phantom of the Opera' diadaptasi ke pentas muzikal West End pada 1986 oleh Andrew Lloyd Webber, dan seterusnya Broadway dua tahun kemudian.
Sehingga kini ia masih dipentaskan, menjadikannya persembahan paling lama di kedua-dua lokasi berprestij tersebut.
Sebelum singgah ke Malaysia, "The Phantom of the Opera" terlebih dahulu singgah di Singapura dan Manila.
"The Phantom of the Opera" mula dipentaskan di Istana Budaya bermula 15 Jun lalu hingga 7 Julai depan.
Topic Berkaitan
#Andrew Lloyd Webber
#Broadway
#hiburan
#Istana Budaya
#Jonathan Roxmouth
#meghan picerno
#pementasan
#persembahan
#The Phantom of the Opera
#West End
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan