awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih Zul Ariffin bintangi Hantu Kak Limah bukan sebab populariti - Mamat Khalid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/08/2018
00:45 MYT
Pilih Zul Ariffin bintangi Hantu Kak Limah bukan sebab populariti - Mamat Khalid
Bagi Zul Ariffin (gambar), kepercayaan yang diberi Mamat Khalid adalah sesuatu yang sangat dihargai. - Astro GEMPAK
Pengarah Hantu Kak Limah, Mamat Khalid, menegaskan pemilihan Zul Ariffin sebagai salah seorang pelakon dalam filem itu bukan semata-mata kerana popularitinya.
Sebaliknya, Mamat menyifatkan Zul sebagai pelakon yang baik dan pemilihan itu adalah kerana kualiti yang dimilikinya.
"Populariti dia satu bonus, tetapi Zul berada dalam filem ini bukan semata-mata kerana itu.
"Saya sudah lama mahu ambil dia berlakon, tetapi ada keadaan tidak mengizinkan.
"Sejak awal kemunculannya, saya sudah dapat melihat kemampuannya dan ia terbukti di set penggambaran Hantu Kak Limah," kata Mamat.
Bagi Zul sendiri, kepercayaan yang diberi oleh Mamat adalah sesuatu yang sangat dihargai.
"Bimbang juga kerana komedi bukan genre saya. Tetapi ini satu proses pembelajaran dan apabila dapat kepercayaan, saya bagi yang terbaik mengikut arahan yang diberikan.
"Alhamdulillah, Abang Mamat beri maklum balas yang baik," kata Zul.
Mereka ditemui pada acara Tayangan Perdana Hantu Kak Limah di eCurve Damansara, pada Selasa.
Hantu Kak Limah merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, bakal ditayangkan bermula 9 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#filem
#Hantu Kak Limah
#komedi
#Mamat Khalid
#pelakon
#pengarah
#tayangan perdana
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan