awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
Imigresen tahan 171 pendatang asing dalam serbuan di Semenyih dan Kajang
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pirates of the Caribbean tanpa Johnny Depp?

Agensi
Agensi
26/10/2018
01:57 MYT
Pirates of the Caribbean tanpa Johnny Depp?
Kali terakhir Depp muncul dalam Pirates of the Caribbean adalah menerusi Dead Men Tell No Tales pada tahun 2017. - REUTERS/Aly Song
PEMINAT "Pirates of the Caribbean", mahukah anda menonton filem itu tanpa Johnny Depp?
Pelakon itu memainkan watak Jack Sparrow selama 15 tahun, tetapi Disney kini dilaporkan merancang satu reboot dan nama Depp tiada dalam perancangan mereka, lapor portal The Sun.
Penulis skrip, Stuart Beattie dikatakan telah mengesahkan perkara itu dengan memberi alasan keseluruhan francais tersebut akan diolah.
"Saya fikir Jack Sparrow akan menjadi legasi terhebat Depp. Ia satu-satunya watak yang dimainkan Depp sebanyak lima kali, peminat tentu akan mengingatinya dengan watak itu," kata Beattie.
Disney dilaporkan telah bertemu dengan penerbit filem Deadpool, Rhett Reese dan Paul Wernick untuk mendapatkan nasihat berikutan kejayaan mereka menerusi filem francais superhero sebelum ini.
Kali terakhir Depp muncul dalam Pirates of the Caribbean adalah menerusi "Dead Men Tell No Tales" pada tahun 2017, yang disifatkan sebagai paling kurang berjaya dalam lima francais filem itu.
Depp, 55, dikatakan bergelut dengan masalah peribadi dan kewangan sejak beberapa bulan ini.
Jun lalu, sekeping foto yang memaparkan dirinya dalam keadaan kurus dan tidak terurus mengundang kegusaran peminat, namun terdapat laporan menyatakan Depp ketika itu menjalani penggambaran sebuah filem.
Topic Berkaitan
#Disney
#filem
#Jack Sparrow
#Johnny Depp
#pelakon
#Pirates Of The Caribbean
#watak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan