awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poe Rampa meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2020
09:25 MYT
Poe Rampa meninggal dunia
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dalam masa terdekat.
Kartunis dan penyanyi Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, meninggal dunia pada tengah hari Jumaat lapor Mstar.
Isteri Allahyarham Poe, Nor Aisyah Zakaria berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, jam 12.30 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan hati.
"Sebenarnya minggu lepas, dia sudah dimasukkan ke Hospital Selayang dan kelmarin doktor baru benarkan balik rumah tapi semalam keadaan kesihatan dia agak merosot.
"Memandangkan rumah kami berdekatan dengan HKL, jadi dia terus dihantar ke sana, keadaan kesihatannya nampak semakin teruk," katanya kepada Mstar.
Nor Aisyah memaklumkan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dalam masa terdekat.
Poe yang pernah muncul dengan beberapa buah album genre reggae bersama kumpulan Rampa (Rambut Panjang) terkenal dengan lagu, Saman (A la la la tok).
Beberapa rakan artis turut memuatnaik hantaran di laman Facebook tentang pemergian Poe antaranya Sabri Yunus dan Pyanhabib.
Dalam coretan ringkas, Sabri yang pernah bekerjasama dengan Poe ketika merakamkan album raya bersama Allahyarhan Ahmad Busu.
"Dia serah pada aku tulis lirik.. ada dua saja lagu lirik dari dia.. seronok kerja dengan kegilaannya," catat Sabri.
Sumber Facebook sabri.yunus.75
Manakala penyair Pyanhabib pula dalam coretannya memberitahu, ketika kali terakhir bertemu penyanyi itu, Poe sedikit uzur.
"Hari ini, Allah mengambil dia di Jumaat yang mulia," katanya.
Sumber Facebook pyanhabib.rahman
Topic Berkaitan
#buah pinggang
#hati
#HKL
#Hospital Kuala Lumpur
#jantung
#meninggal dunia
#Mohd Fauzi Ahmad
#Poe
#Rampa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan