awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2015
09:17 MYT
Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan
Sudah tiga minggu ditayangkan namun jumlah penonton belum berkurangan.
Sehingga 8 Oktober 2015, filem Polis Evo yang dipersembahkan oleh Astro Shaw telah mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sekaligus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015 dan kedua terlaris di carta ‘all-time’ filem tempatan.
Selepas 3 minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, dan itu telah mengubah trend tradisi filem-filem melayu yang ditayangkan sebelum ini.
BACA: Polis Evo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari BACA: Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia
Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah memberikan sokongan luar biasa terhadap filem Polis Evo.
"Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka.”
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
TONTON: Polis Evo dapat sambutan luar jangka
Topic Berkaitan
#filem
#polis evo
#Shaheizy Sam
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan