awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prihatin terhadap pesakit AIDS, Bob tubuh pusat sehenti

Gempak
Gempak
11/07/2018
11:34 MYT
Prihatin terhadap pesakit AIDS, Bob tubuh pusat sehenti
Bob merasakan pesakit AIDS wajar diberikan peluang kedua bagi meneruskan kehidupan mereka.
HASRAT penyanyi Bob Yusof untuk menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi membantu pesakit AIDS telah berjaya direalisasikan setahun lalu di Kuching, Sarawak.
Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop mendapat idea untuk menubuhkan pusat sehenti tersebut kerana rasa tanggungjawabnya kepada masyarakat.
"Sejak dilantik sebagai Red Ribbon Celebrity Supporter (RRCS) oleh Yayasan AIDS Malaysia pada 2010, saya diberi peluang untuk mendekati pesakit AIDS yang terdapat di negara kita.
"Pelantikan tersebut membolehkan saya mengaktifkan diri sebagai sukarelawan bagi sama-sama membantu menghentikan gejala penyakit ini dari peringkat akar umbi," kata Bob.
Selain itu, Bob merasakan pesakit AIDS wajar diberikan peluang kedua bagi meneruskan kehidupan mereka.
"Antara projek yang dijalankan secara giat oleh yayasan tersebut adalah mewujudkan pusat sehenti di seluruh negara sebagai alternatif menyediakan penginapan untuk pembawa virus HIV yang dibuang masyarakat.
"Golongan selebriti telah dilantik bagi menjayakan projek tersebut dari sudut promosi bagi mengumpulkan dana," jelasnya.
Baru-baru ini, Bob telah diberi pengiktirafan selaku penerima Anugerah Penyumbang Tetap (Longstanding Contribution Awards) bagi kategori RRCS atas jasa dan baktinya.
Selain Bob, selebriti lain yang turut dilantik menyertai RRCS ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Winnie K dan penulis lirik, Shah Shamshiri.
Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: Utusan Online
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#AIDS
#Bob
#Bob Yusof
#HIV
#Kuching
#Malaysia
#penyanyi
#pusat sehenti
#Red Ribbon Celebrity Supporter
#Siti Nurhaliza
#Yayasan Aids
#Yusrizan Usop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan