PELAKON Hollywood-Bollywood, Priyanka Chopra bakal dianugerah ijazah Doktor Falsafah (Phd) Universiti Bareilly International.

Majlis penyampaian anugerah itu akan dihadiri Menteri Alam Sekitar, Harsh Vardhan dan Menteri Kewangan Uttar Pradesh, Rajesh Agarwal.

Canselor universiti itu juga akan menganugerahkan momento kepada 'Desi Girl' itu kerana mengunjungi kampung halamannya selepas hampir 5 tahun.

Ibu Priyanka, Madhu Chopra akui gembira dengan anugerah yang diberikan kerana usaha Priyanka membantu golongan kurang berkemampuan dihargai.