Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Produksi American Idol cipta sejarah, bersiaran dari 40 lokasi

Produksi American Idol cipta sejarah, bersiaran dari 40 lokasi
Ryan Seacrest mencuri perhatian apabila menggunakan meja juri yang sebelum ini pernah digunakan Simon Cowell, Paula Abdul dan Randy Jackson ketika bersiaran. - Instagram / ryanseacrest
PROGRAM realiti popular, American Idol 2020, yang bersiaran Ahad lalu mencipta sejarah tersendiri.

Buat pertama kalinya, program itu bersiaran dari lebih 40 lokasi, dengan semua persembahan peserta dipertontonkan menerusi rakaman iPhone.

Situasi berbeza itu bagaimanapun tidak menjejaskan kualiti persembahan apabila majoriti persembahan peserta di peringkat Top 20 itu menerima pujian juri iaitu Katy Perry, Lionel Richie dan Luke Bryan.

Episod pertama itu menjadikan American Idol sebagai program realiti pertama bersiaran dari rumah berikutan pemberhentian operasi di Hollywood kerana wabak COVID-19.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Recap performances from your Top 20! Who‘s got your vote? (Part 1/2) #AmericanIdol

A post shared by Ryan Seacrest (@ryanseacrest) on



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Recap performances from your Top 20! Who‘s got your vote? (Part 2/2) #AmericanIdol

A post shared by Ryan Seacrest (@ryanseacrest) on


Hos, Ryan Seacrest mencuri perhatian apabila menggunakan meja juri yang sebelum ini pernah digunakan Simon Cowell, Paula Abdul dan Randy Jackson ketika bersiaran.

"Saya simpan meja ini di garaj saya selama lebih tiga tahun, manalah tahu jika berlaku kecemasan.

"Hari ini... masa itu tiba," tulis Seacrest dalam satu kemas kini di Instagram.

American Idol sebelum ini dihentikan pada 2016, namun kembali disambung pada 2018.


Tag: American Idol, Hollywood, COVID-19, wabak, iPhone, peserta, hiburan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.