awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Disko Baldi, mimpi jadi kenyataan

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
28/06/2013
00:30 MYT
Projek Disko Baldi, mimpi jadi kenyataan
Sebuah pementasan ensemble komedi, Projek Disko Baldi bakal menjadikan mimpi anda satu kenyataan. Masih segar dengan kemenangan manis di Anugerah Seni BOH Cameronian ke 10 sebagai pemenang Anugerah Pilihan Penonton Kakiseni kategori teater, kumpulan ini kembali dengan sebuah pementasan yang segar dan menggeletek hati.
Bertemakan Dreams, pementasan musim ini bakal membawa penonton mencari makna mimpi, harapan dan cita-cita dalam bentuk sketsa komedi yang turut diselitkan dengan lagu-lagu ciptaan terbaru.
Mengulas lanjut pemilihan tema mimpi, pengarah artistik pementasan tersebut, Megat Sharizal berkata, “Kami meneroka idea tersebut kerana kami merasakan tema tersebut sangat dekat dengan semua. Kita semua memiliki mimpi masing-masing, orang tersayang dan juga kepada negara. Kami hanya mahu berseronok dengan tema tersebut.”
Lebih menarik apabila pementasan tersebut berlangsung seminggu sebelum episod pertama program televisyen yang diilhamkan daripada pementasan tersebut. Bergelar The Disko Baldi show, program sketsa komedi itu akan disiarkan pada Ahad, 7 Julai depan di saluran 8TV.
Persembahan berdurasi 90 minit itu akan membawa penonton meneroka sebuah pengamatan yang menghiburkan dan bersifat sureal.
Ensemble komedi terbitan Playground Productions itu ditubuhkan pada Ogos 2010 oleh penggiat teater yang rata-ratanya menggemari genre komedi. Mereka terdiri daripada Ashraf Zain, Farah Rani, Iedil Putra, Megat Sharizal, Redza Minhat, Sharmaine Othman, Tuan Faisal dan Sherry Abdullah.
Projek Disko Baldi Dreams sedang dipentaskan di PJ Live Arts, Jaya One pada 27 hingga 30 Jun ini. Layari www.facebook.com/projekdiskobaldi untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#komedi
#projek disko baldi
#teater
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan