awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puas berlakon, Nora Danish jadi penyanyi, rakam single bersama W.A.R.I.S

Gempak
Gempak
10/01/2017
15:08 MYT
Puas berlakon, Nora Danish jadi penyanyi, rakam single bersama W.A.R.I.S
Nora Danish menonjolkan bakat nyanyiannya dan muncul dengan single duet berjudul 'Ini Lagi Boom' bersama penyanyi rap terkenal Waris. - Gambar Astro GEMPAK
Pelakon Nora Danish menonjolkan bakat nyanyiannya dan muncul dengan single duet berjudul 'Ini Lagi Boom' bersama penyanyi rap terkenal Waris.
Lagu tersebut membawa genre Hip Hop Reggae yang diolah khusus bagi menepati citarasa penggemar muzik tempatan.
Menariknya Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias yang terkenal dengan lagu-lagu rap seperti Rembau Most Wanted tampil buat kali pertama menyanyi tanpa rap.
Ini Lagi Boom dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz manakala liriknya pula adalah hasil nukilan Waris sendiri bersama rakannya Aziquebeats.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim berkata lagu itu terhasil daripada idea segar untuk menggalakan perkembangan industri hiburan tanah air.
"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.
"Ini biasa dilakukan di negara- negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan.
“Kami berharap kolaborasi-kolaborasi seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif," katanya.
Ini Lagi Boom boleh didengari menerusi platform streaming seperti You Tube, Spotify dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes dan juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#DJ Fuzz
#kru
#Muzzammil Alias
#Nora Danish
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan