awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2014
23:46 MYT
Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia
Puteri Balqis bersama trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia yang dimenanginya malam tadi.
Pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang berlangsung di Singapura malam tadi.
Balqis dicalonkan menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima yang disiarkan di TV3.
Pelakon berusia tujuh tahun itu menewaskan pelakon lebih senior dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan termasuk pelakon drama Serangoon Road drama terbitan HBO Asia.
Sebelum ini, Balqis memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin yang berlangsung November lalu.
Antara drama ikonik yang pernah dibintangi Balqis termasuk Saloma dan Anak Lorong.
Ini merupakan kemenangan kedua pelakon Malaysia dalam kategori lakonan. Kemenangan pertama berpihak kepada pelakon Janet Khoo yang memenangi trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik menerusi drama Mat Dom Teksi terbitan RTM pada tahun 2006.
Sementara itu, di majlis anugerah yang sama Astro turut membawa pulang anugerah Program Hiburan Terbaik yang dimenangi program Battleground 2013 - The Space yang disiarkan di Astro Wah Lai Toi.
Topic Berkaitan
#Asian TV Awards
#Balqis
#Puteri Balqis Azizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan