NAMA R Kelly sekali lagi tercemar apabila dilemparkan dengan tuduhan baharu.
Pada Khamis, Kelly dituduh telah membayar rasuah untuk mendapatkan kad pengenalan palsu buat penyanyi 90-an terkenal, Aaliyah.
Pendakwa raya di Brooklyn mengemukakan tuduhan bahawa Kelly membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan “satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1” pada 30 Ogos 1994.
Sumber kepada akhbar NY Times mengesahkan bahawa Jane Doe #1 merupakan Aaliyah, yang maut dalam nahas kapal terbang pada 2001.
Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan, menurut sumber kepada akhbar NY Times.
Lesen perkahwinan itu menyatakan bahawa Aaliyah berusia 18 tahun, iaitu had umur minimum untuk melangsungkan perkahwinan tanpa persetujuan ibu bapa di Illinois.
Aaliyah, atau nama penuhnya Aaliyah Dana Haughton, bertemu dengan Kelly ketika bekerjasama dalam menghasilkan album debutnya, Age Ain’t Nothing But A Number.
Dalam satu temubual bersama agensi berita ABC, Steven Greenberg selaku peguam Kelly mendakwa bahawa kliennya tidak tahu Aaliyah berusia 15 tahun ketika mereka berkahwin.
Penyanyi yang terkenal untuk lagu I Believe I Can Fly itu turut berdepan dengan 17 tuduhan lain, termasuk kesalahan mengeksploitasi gadis bawah umur secara seksual, menculik, dan memeras ugut.
Nailah Huda
Fri Dec 06 2019
Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Penyanyi 'I Believe I Can Fly' R. Kelly didapati bersalah
Kelly menghadapi kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad atas jenayah itu.
R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.