BINTANG filem Rajinikanth dan pelakon Kamal Haasan hadir ke majlis mengutip dana yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, di sini pada Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu bersama-sama dengan 250 artis dari industri filem selatan akan membantu mengumpul dana bagi pembinaan sebuah bangunan baru di Chennai untuk Nadigar Sangam, atau Persatuan Artis India Selatan.

Rajinikanth dan Kamal yang turut mempunyai jutaan peminat di Malaysia, hadir dengan menaiki helikopter pada majlis pelancaran dana itu.

Sambil dikawal ketat, dua pelakon itu sebelum ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Sebelum ini, Najib bertemu dengan Rajinikanth sebaik sahaja lagenda filem tersebut tiba di Malaysia.

Kedua-dua pelakon, yang bercita-cita membawa revolusi politik di Tamil Nadu, mempunyai rancangan untuk melancarkan parti politik mereka sendiri.