awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raline Shah heroin filem Polis Evo 2?

Gempak
Gempak
20/07/2017
03:22 MYT
Raline Shah heroin filem Polis Evo 2?
Baru-baru ini pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Raline Shah telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosialnya menunjukkan dia sedang berlatih di sebuah gimnasium.
PENANGAN filem Polis Evo yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sejak dua tahun lalu masih berbahang.
Mana tidaknya, filem kedua terbitan Astro Shaw itu itu bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Jika sebelum ini Nora Danish menjadi pelakon wanita tunggal filem Polis Evo, anda mesti teruja untuk mengetahui siapakah heroin filem sekuel ini.
Baru-baru ini pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Raline Shah telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosialnya menunjukkan dia sedang berlatih di sebuah gimnasium di Kuala Lumpur.
Dalam Insta Storynya, pelakon itu turut meletakkan kapsyen 'PE2 Training Day' dan hari ini sesi latihannya sudah memasuki hari ketujuh.
Malah, pelakon Indonesia itu juga memuat naik video bersama pelakon utama Polis Evo 2, Shaheizy Sam.
Kemaskini media sosial Raline sekali gus mengiyakan dia merupakan bintang gandingan yang bakal beraksi bersama Shaheizy Sam, Zizan Razak dan primadona Melayu, Erra Fazira.
Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.
Untuk rekod, filem Polis Evo telah mencapai kutipan pecah panggung RM17.47 juta sejak ditayangkan pada 17 September 2015.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit: IG @ralineshah
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#pelakon Indonesia
#polis evo
#Raline Shah
#Shaheizy Sam
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan