HIBURAN
Remuk hati netizen terima khabar pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington

Chester, 41, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles pada pagi Khamis waktu tempatan dan pihak berkuasa menganggap kes tersebut sebagai bunuh diri.
Kematian mengejut Chester Bennington, vokalis kumpulan rock Linkin Park telah mendorong para peminat muzik di seluruh dunia berkongsi rasa sedih di media sosial.
Chester, 41, dilaporkan ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles pada pagi Khamis waktu tempatan dan pihak berkuasa menganggap kes tersebut sebagai bunuh diri.
Netizen rata-rata berkongsi pengalaman mereka bersama muzik Linkin Park, terutama sekali nyanyian Chester dengan lirik penuh makna yang membantu mereka mengharungi saat hidup yang sukar.
Ambil serius kesihatan mental
Kes bunuh diri melibatkan selebriti bukan lagi perkara asing. Para peminat sebelum ini telah dikejutkan dengan kematian akibat bunuh diri oleh pelakon Robin Williams dan vokalis kumpulan Audioslave, Chris Connell yang juga merupakan sahabat baik Chester Bennington.
Kematian vokalis Linkin Park ini merancakkan kembali perbualan di media sosial agar masyarakat mengambil serius tentang masalah tekanan jiwa dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat demi mengurangkan risiko bunuh diri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami