awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remy Ishak mengaku putus tunang sebulan lalu

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2019
11:21 MYT
Remy Ishak mengaku putus tunang sebulan lalu
Menurut Remy, punca dia putus tunang bukan kerana kehadiran pihak ketiga seperti didakwa sesetengah pihak. - Gambar fail
SELEPAS sekian lama berteka-teki, aktor tampan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan dia sudah putus tunang dengan Ezza Yusof.
Ikatan pertunangan mereka sudah berakhir sejak sebulan lalu selepas Remy berpendapat, dia belum mampu untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pengesahannya kepada media pada Rabu, pelakon utama filem Pulang itu menegaskan, punca pertunangan bukan disebabkan oleh orang ketiga seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga.
“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… saya belum mampu.
“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,” kata Remy seperti dilaporkan portal Mstar.
Remy berkata demikian kepada wartawan pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Origina .
Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei 2017 secara diam-diam.
Selama bergelar tunangan orang, Remy tidak pernah berkongsi sebarang cerita mengenai bakal isterinya dengan wartawan sehinggalah statusnya menjadi tanda tanya apabila dia membuat pengakuan kembali solo di laman sosialnya.
Sementara itu, Remy tidak menolak kemungkinan hubungan dia dan Ezza kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.
Menurut aktor kelahiran Melaka itu lagi, dia dan Ezza kini berada dalam tempoh bertenang dalam memikirkan hala tuju hubungan mereka.
Bahkan, Remy mengakui, dia juga masih belum memulangkan cincin pertunangan secara rasmi kepada keluarga pihak perempuan.
“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.
“Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada.
“Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati yang perlu kami jaga,” ujar Remy lagi.
Topic Berkaitan
#ezza Yusof
#pelakon
#putus tunang
#Remy Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan