Retaknya Song-Song Couple: Song Joong Ki failkan penceraian terhadap Song Hye Kyo

Retaknya Song-Song Couple: Song Joong Ki failkan penceraian terhadap Song Hye Kyo
Joong Ki secara rasmi memfailkan perceraian dari Song Hye Kyo, 37, di Mahkamah Keluarga Seoul pada hari Rabu (26 Jun) - Gambar Instagram/songjoongkionly
TIADA lagi Song-Song Couple!

Pagi ini peminat-peminat drama Korea dikejutkan dengan berita, pasangan selebriti Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mengambil keputusan untuk berpisah.

Song Joong Ki, 33, telah memberi kenyataan kepada peminatnya melalui peguam mengharapkan penceraian ini akan berjalan dengan baik.
"Saya telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo. Daripada kita mencari salah antara satu sama lain, saya hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik," katanya melalui kenyataan tersebut.

Dia juga meminta maaf kepada semua peminatnya yang menyokong kariernya selama ini

BACA : #SongSongCoupleWedding : Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dah kahwin!

BACA : Bintang drama Korea, Descendants of the Sun, bakal berkahwin

BACA : Saya bahagia, terima kasih kerana jodohkan kami - Song Joong Ki

Namun buat masa kini masih belum ada lagi sebarang kenyataan mengenai penceraian tersebut  dikeluarkan dari pihak Song Hye Kyo.



Joong Ki secara rasmi memfailkan perceraian dari Song Hye Kyo, 37, di Mahkamah Keluarga Seoul pada hari Rabu (26 Jun).

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berkahwin pada 31 Oktober 2017 .

Tag: Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Cerai, Berpisah, SongSongCouple, Korea, drama Korea


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.