PASTI ramai yang sedih menyaksikan babak watak Natasha Romanoff mati di dalam Avengers : End Game kerana berkorban untuk mendapatkan soul stone demi menyelamatkan rakan-rakannya dan seluruh masyarakat yang lenyap angkara perbuatan Thanos.

Namun jangan risau, anda boleh mengubati rindu anda untuk melihat Natasha Romanoff atau lebih dikenali sebagai Black Widow akan kembali beraksi dalam filem terbaharu Black Widow.

Jika diikutkan ini merupakan filem superhero wanita yang kedua dihasilkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas Captain Marvel yang dimainkan oleh Brie Larson.

Selain Scarlett Johansson, filem arahan Cate Shortland turut dibintangi oleh David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz.

Robert Downey Jr. yang memengang watak Iron Man juga akan kembali membuat kemunculan dalam filem tersebut.

.

Filem terbitan MCU dengan kerjasama Walt Disney Studios Motion Pictures akan mula menemui semua peminat Marvel pada 1 Mei 2020.

Apakah misi yang akan dibawakan oleh Black Widow? Sama-sama kita nantikan.