awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RizQ Islamic School jadi perintis guna watak animasi ajar pelajar tahfiz

Gempak
Gempak
25/08/2018
01:55 MYT
RizQ Islamic School jadi perintis guna watak animasi ajar pelajar tahfiz
watak animasi ini yang diperkenalkan sejak awal tahun ini mendapat sokongan Persatuan Animasi Malaysia dan mula menyertai Festival Animasi Malaysia sebagai modul animasi pendidikan. - Foto: Astro Gempak & @rizqschool (Facebook)
WATAK animasi bukan saja menjadi hiburan pada kanak-kanak tapi ia digunakan sebagai medium pembelajaran pada pelajar di sekolah persendirian, RizQ Islamic School.
Ketua Pegawai Kreatifnya, Khalil Saleh berkata, sekolah ini memperkenalkan watak animasi sendiri untuk membantu pelajar lebih mudah dan seronok belajar.
"Kita bernasib baik kerana industri animasi tempatan memang bagus seperti kartun Upin Ipin dan Boiboiboy. Ini membuktikan rakyat Malaysia tidak mengambil ikon luar negara untuk dijadikan watak animasi.
"Begitu juga kami mengambil inisiatif mencipta watak animasi sendiri," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, pasukan unit animasi dan teknologi maklumat (IT) sekolah ini yang beroperasi di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor merealisasikan impian ini dengan mencari peminat dulu sebelum dijadikan filem suatu hari nanti.
"Ini bertujuan membantu pelajar seperti belajar al-Quran dan hafazan, buku warna mahupun baju sekolah mempunyai watak animasi ini.
"Buat masa ini tiada cerita lagi untuk watak animasi ini terdiri daripada Tatan, Melly, Jabot, Bella dan YiYi," katanya.
Menariknya, watak animasi ini yang diperkenalkan sejak awal tahun ini mendapat sokongan Persatuan Animasi Malaysia dan mula menyertai Festival Animasi Malaysia sebagai modul animasi pendidikan.
"Kami juga ada berhubung dengan Persatuan Animasi Indonesia dan mempunyai perancangan menjual konsep ini ke sana yang mempunyai pasaran lebih besar untuk pendidikan berkonsepkan Islam.
"Animasi dapat membantu pembelajaran menerusi 'Virtual School' dan halatuju sekolah ini lebih pada premium iatu bukan untuk golongan atasan tapi selesa.
"Kalau boleh kami tidak mahu pelajar tahfiz di sini dipandang hina," katanya. - Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
#animasi
#Facebook
#filem
#Kanak-kanak
#kartun
#Malaysia
#pelajar
#rakyat Malaysia
#RizQ Islamic School
#sekolah
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan