Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji.

Penyanyi lagu “Ayat-Ayat Cinta” itu menyatakan hak bertudung adalah di antara dia dan tuhan.

Rossa dilaporkan menyempurnakan ibadah haji pada Oktober tahun lalu bersama ahli keluarga.

Tampil berhijab selepas pulang ke Indonesia peminat melahirkan rasa kurang senang apabila Rossa tidak lagi mengenakan tudung beberapa hari kemudian.

Ketika berada di Tanah Suci, penyanyi berusia 34 tahun itu juga berdoa agar segera dipertemukan jodoh selain dikurniakan kesihatan yang baik.

Bekas isteri pemain drum kumpulan Padi, Yoyo ini juga menafikan bersikap dingin dengan pihak media apabila ditanya mengenai hubungan mereka.

Penganjuran majlis makan malam itu bersempena minggu setiausaha yang bakal berlangsung pada 13 April di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.