awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam, Ramli Sarip, Ong Kim Swee terima pingat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2013
08:53 MYT
Rosyam, Ramli Sarip, Ong Kim Swee terima pingat hari ini
Rosyam Nor, Ramli Sarip dan Ong Kim Swee menerima pingat Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75 hari ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. Rosyam yang juga pelakon dan penerbit popular tanah air menjelaskan bahawa anugerah yang membawa gelaran Datuk itu dianggap sebagai satu tanggungjawab besar untuk dirinya untuk terus membangunkan industri seni negara. Anugerah itu juga dilihat sebagai satu pengiktirafan besar buat dirinya sebagai insan seni dan karyawan di seluruh negara. Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin turut menafikan gelaran Datuk itu bakal mengubah dirinya yang sudah menceburkan diri dalam dunia hiburan kira-kira 30 tahun. Sementara itu, penyanyi Ramli Sarip turut menerima pingat yang sama menyatakan yang beliau tidak pernah mengimpikan penganugerahan sebesar itu. Hasil semangat dan dorongan peminat dan keluarga selama ini menjadikannya masih kekal untuk terus berkarya mewarnai dunia muzik tanah air.
Ong yang merupakan Jurulatih Harimau Muda mahu menjadikan anugerah yang diterimanya itu sebagai meningkatkan motivasi diri untuk terus memajukan sukan bola sepak negara. Beliau turut melahirkan kegembiraan apabila usahanya memajukan bidang sukan itu dihargai selaku anak jati Melaka. Walaubagaimanapun, usaha kental perlu dilakukan beliau bagi memastikan Pasukan Harimau Muda menempa kejayaan menjelang Sukan Sea 2013, sedikit masa lagi.
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#Ramli Sarip
#Rosyam Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan