APA sahaja yang dimuat naik oleh selebriti ternama, Rozita Che Wan di akaun Instagramnya pasti akan menjadi tumpuan netizen.

Celoteh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta khususnya dalam loghat Kedah sangat menghiburkan, apa lagi cerita-cerita berbaur sindiran.

Terbaharu, Che Ta meluahkan perasaannya mengenai kecenderungan kaum wanita zaman sekarang yang sangat mudah terpikat dengan suami orang.

Ekoran trend itu, pelakon dan usahawan itu menegaskan, dia sangat bimbang untuk memuat naik fotonya bersama suami tercinta, Zain Saidin di laman sosial.

Bagaimanapun, Che Ta menyampaikan pendapat peribadinya itu secara berseloroh.

“Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan.

“Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang,” tulisnya seraya disambut dengan pelbagai maklum balas daripada netizen.

Perkongsian itu dibuat Che Ta menerusi sekeping foto dia dan suamimnya ketika meraikan hari jadi pereka fesyen yang juga sahabat karibnya, Man Kajang.

Dalam reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dengan pandangan Che Ta, tidak kurang yang membidas pandangan pelakon kelahiran Kedah itu.

Che Ta mendirikan rumah tangga kali dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana, 5 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama dengan seorang juruterbang puka, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezra, 21.


Makin elok plk laki kami ni, eh .. tk mau upload dh la gambaq.. takut ada yg bekenan