Tutup

Runut bunyi Maleficent, 'You Can't Stop The Girl' beri mesej tersendiri

Runut bunyi Maleficent, 'You Can't Stop The Girl' beri mesej tersendiri
Kebanyakan peminat merasakan bahawa mesej yang disampaikan daripada muzik video tersebut sangat indah dan sungguh bermakna - Gambar Youtube/BebeRexha
MALEFICENT: Mistress of Evil!

Sebut sahaja mengenai filem ini sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton  lakonan hebat Angelina Jolie sebagai Maleficent.

Namun selain daripada filem itu,  runut bunyi bagi filem tersebut iaitu You Cant Stop The Girl, yang dinyanyikan oleh Bebe Rexha juga menarik perhatian.

Muzik Video lagu tersebut sangat bermakna kerana ia meraikan wanita tidak kira agama, warna kulit dan bentuk badan.
Muzik video tersebut turut menampilkan wanita berkerusi roda

Kebanyakan peminat merasakan bahawa mesej yang disampaikan daripada muzik video tersebut sangat indah dan sungguh bermakna.
Sejak dilancarkan 12 jam lepas, muzik video tersebut sudah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan di YouTube.

Selain, Angelina Jolie, Maleficent: Mistress of Evil turut dibintangi oleh Elle Fanning, Sam Riley, Imelda Staunton, Juno Temple, dan Michelle Pfeiffer.

Filem ini akan mula menemui penonton pada 17 Oktober.



Tag: Maleficent Mistress of Evil, Angelina Jolie, Bebe Rexha, You Cant Stop The Girl, Runut Bunyi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.