awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupa-rupanya Altimet sudah kahwin 15 tahun lalu

Gempak
Gempak
18/02/2019
10:00 MYT
Rupa-rupanya Altimet sudah kahwin 15 tahun lalu
ALTIMET berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyembunyikan perkahwinannya.
PENYANYI terkenal, Altimet mengakui sudah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu juga, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Menurut laporan Hlive, Altimet sudah bersedia mendedahkan mengenai hal peribadinya.
“Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.
“Sebelum ini orang kata saya menipu tapi sebenarnya saya simpan hal peribadi saya kerana tujuan saya dalam industri sebelum ini hanyalah untuk menjaja lagu dan nyanyian.
“Selepas ini saya akan meluangkan masa saya lebih buat isteri dan tiga orang anak saya,” katanya.
BACA: Dulu 'keji', last-last budak rap juga yang bawa elemen traditional - Altimet
Mengulas mengenai konsert The Last Altimet Show yang berlangsung pada 16 Februari lalu, Altimet menyatakan rasa lega kerana sudah selesai.
“Alhamdulilah, bukan sahaja puas hati tetapi saya rasa lega apabila konsert yang saya rancangan selama ini selesai dengan baik.
“Saya akan tutup karier saya selepas ini dan tidak akan menerima mana-mana tawaran nyanyian lagi.
“Terima kasih kepada yang hadir menonton konsert saya,” katanya lagi.
The Last Altimet Show menghimpunkan 29 orang penyanyi terkenal tanah air seperti Joe Flizzow, Hazama, Sonaone, Tomok, Aizat dan ramai lagi.
Konsert berkenaan mempersembahkan 26 buah lagu ciptaan Altimet dengan kerjasama artis-artis lain.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
#Altimet
#berkahwin
#penyanyi
#The Last Altimet Show
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan