PERSEMBAHAN lagu Boy With Luv bintang Big Stage 2019, Han Byul pada malam separuh akhir berjaya memukau perhatian juri dan penonton malam tadi.

Namun, di sebalik khabar gembira itu ada antara peminat setia penyanyi asal lagu itu, BTS Army yang meradang dengan kenyataan hos rancangan itu, Alif Satar yang menyebut lagu itu asalnya dinyanyikan lapan orang.

Dihujani pelbagai komen yang cuba memperbetulkan 'silap' Alif pada malam tadi, penyanyi itu sendiri tidak cepat melenting malah membalas serangan itu dengan berhemah.

"Reaksi bila geng-geng BTS kecam kau bila kau cakap 'lagu ini 8 orang nyanyi tau'. Sila bahas, Boy With Luv berapa orang nyanyi?" tulis Alif menerusi entri terbaharu di Instagram.

reaksi bila geng2 BTS kecam kau bila kau cakap “lagu ni 8 orang nyanyi tau” ...


Menilai kembali, lagu Boy With Luv dinyanyikan BTS yang dianggotai 7 ahli bersama penyanyi undangan Halsey.

Secara harafiahnya, lagu tersebut dinyanyikan seramai 8 orang termasuk Halsey.

Kumpulan BTS dianggotai oleh Jungkook, RM, Suga, V, Jimin, Jin dan J-Hope.

Kemas kini Alif itu mendapat pelbagai reaksi dan masih ada segelintir peminat setia BTS yang cuba memperbetulkan kesilapan Alif.

Namun, tak kurang juga yang mempertahankan Alif dan meminta agar perkara sedemikian tidak dipanjangkan lagi.

Malam tadi Han Byul muncul bersama lapan penari untuk persembahan solo lagu Boy With Luv yang dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Korea.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!