awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saleem Iklim sudah sedar, makin stabil - Isteri

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/09/2018
04:36 MYT
Saleem Iklim sudah sedar, makin stabil - Isteri
Saleem dikatakan sudah mula sedarkan diri dan keadaanya semakin stabil - Instagram aku_saleem
Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motorsikal yang ditungganginya dan sebuah kereta minggu lalu, sudah mula menunjukkan respon positif.
Isteri kepada penyanyi yang berusia 57 tahun, Julia Bachok ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, memberitahu suaminya sudah mula sedarkan diri dan keadaanya mula stabil.
“ Dia ( Saleem ) kini sudah mula membuka mata dan keadaannya stabil seperti biasa, cuma dia tidak boleh bergerak banyak kerana Doktor masih lagi mengeluarkan darah daripada paru-parunya melalui tiub," kata Julia.
BACA : Tolong henti sebar berita kematian suami saya - Isteri Saleem Iklim
BACA : 'Saya masih terkejut, doakan abang Saleem' - Isteri
Julia turut mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung keadaan suaminya akan diketahui petang ini.
“Doktor mengesahkan akan memberi perkembangan terbaharu berhubung paru-paru Saleem dan apa rawatan susulan ke atas Saleem,” katanya sebelum menamatkan perbualan.
Saleem terlibat dengan kemalangan jalan raya berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras, ketika vokalis kumpulan iklim itu keluar membeli barang sehingga menyebabkan tulang rusuknya penyanyi itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#iklim
#kemalangan
#Saleem
#update
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan