Bekas pengurus artis ternama dan popular terutamanya di era 1990an, Sam Kassim dilaporkan meninggal dunia di kediamannya 5.20 pagi tadi.

Sam Kassim atau nama sebenarnya Samsubahri Kassim pernah menjadi pengurus kepada pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira, Amy Mastura, Noryn Aziz, Anuar Zain, Ning Baizura dan Aiman Tino.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas dilaporkan menghadapi komplikasi jantung selain penyakit barah prostat dan hati.

Allahyarham sewaktu hayatnya juga pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam beberapa syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa sebelum menubuhkan syarikat pengurusan acara.

Dalam pada itu, rakan artis seperti Rozita Che Wan, Noryn Aziz dan komposer terkenal, Helen Yap turut berduka cita atas pemergian Allahyarham.

Gonna miss u mak ayam Semoga rohmu dicucuri rahmat .. #samkassim

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on




Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini siang tadi sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu untuk dikebumikan.