Tutup

Sampai hari ni saya tak percaya Abam pergi buat selamanya - Aprena Manrose

Sampai hari ni saya tak percaya Abam pergi buat selamanya - Aprena Manrose
Aprena berasa terkilan kerana tidak sempat mempromosikan filem "Jodoh Syaitan" bersama Abam.
AKTRES Aprena Manrose akui masih tidak dapat menerima kenyataan selepas pelawak, Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Jelas Aprena, dia berasa terkilan kerana tidak sempat mempromosikan filem "Jodoh Syaitan" bersama Abam.

"Salam Maghrib, sampai harini saya masih tak percaya Abam pergi buat selamanya. 

"Sememangnya saya peminat group Bocey dari awal lagi tapi berkesempatan berkenalan dengan Abam sahaja sebab kita shoot sama untuk filem yang akan ditayangkan tak lama lagi. 
"Excited sangat bila tahu nak kena photoshoot dengan Abam untuk promo sebab lama tak jumpa tapi sehari sebelum Abam dah takda. 

"Kalau kita tag abam di ig story, dia pernah dm ckp tak letak kat wall pun. Sorry abam, terlepas pandang," tulisnya di Instagram (IG).
Pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman menyatakan walaupun tempoh perkenalan dengan Abam singkat namun layanan yang diberikan seolah sudah lama mengenali.

"This post is just for you! Sekarang bukan baby je yang nak post pasal abam, tapi terlalu ramai yang sayangkan abam. 

"Merata orang bercerita tentang kebaikan Abam dan Abam memang seorang abang yang penyayang. Kita baru plan nak kahwinkan kucing kita tapi tak sempat.
 
"Padahal kita kenal masa shooting ni je tapi Abam layan baby macam dah lama kenal. 

"Pemergian Abam sangat memberi kesan, dah takda lawak-lawak dari Abam.

"Allah lebih sayangkan abam. Semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman," tulisnya lagi.