Tutup

Sandra Bullock berang wajah digunakan untuk lariskan produk anti penuaan

Sandra Bullock berang wajah digunakan untuk lariskan produk anti penuaan
Sandra telah memfailkan saman kerana mereka sewenang-wenangnya menggunakan imej serta identitinya bagi menjual produk anti penuaan dan pelbagai produk kecantikan - Foto REUTERS/Mario Anzuoni
PADA zaman sekarang, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya termasuk untuk melariskan barangan mereka.

Hal ini berlaku pada pelakon, Sandra Bullock yang membuatkannya terpaksa memfailkan saman terhadap beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah dikenalpasti menggunakan nama serta wajahnya tanpa kebenaran.
Sandra telah memfailkan saman kerana pihak-pihak terbabit didakwa sewenang-wenangnya menggunakan imej serta identitinya bagi menjual produk anti penuaan dan pelbagai produk kecantikan lain.

Kes difailkan di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Rabu.
Menurut Sandra,  mereka yang terlibat sangat licik dan mereka melakukan pelbagai perkara untuk mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa.

"Percaya atau tidak, pihak kami mengambil masa hampir dua tahun menyiasat dan memerhati modus operandi yang digunakannya.

"Mereka ada membuka sebuah laman web untuk menjual produk itu namun laman itu akan hilang setiap kali menjelang malam.

"Selain itu, mereka juga sering bertukar-tukar nama syarikat untuk mengaburi mata orang ramai," ujarnya.

Selain Sandra Bullock, pengacara popular Ellen DeGeneres juga turut berhadapan perkara yang sama apabila wajahnya digunakan secara berleluasa dalam beberapa iklan yang didakwa palsu.

Ellen bagaimanapun menegaskan iklan itu adalah satu penipuan dan dia mengaku tidak pernah menjadi duta apalagi menggunakan produk berkenaan.

 Ellen bagaimanapun menegaskan iklan itu adalah satu penipuan dan dia tidak pernah menjadi duta apalagi menggunakan produk berkenaan.

Malah selebriti Malaysia, Izara Aisyah turut pernah mengalami masalah yang sama apabila ada netizen yang cuba mengambil kesempatan dengan masalah kulit yang dihadapinya.



Tag: Sandra Bullock, Ellen Degeneres, Saman, Produk Kecantikan, Los Angeles



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.