Pelakon popular tempatan Zul Ariffin menyifatkan filem 'Sangkar' sebagai satu penghargaan kepada atlet-atlet seni bela diri campuran (MMA) di negara ini.
Beliau yang memegang watak utama dalam filem itu berkata, atlet-atlet berkenaan juga telah banyak membantu dalam menjayakan aksi yang membabitkan sukan tersebut agar ia nampak meyakinkan.
"Cerita sebenarnya, secara tak langsung kita nak berterima kasih kepada semua atlet MMA, termasuk yang amatur, separa-profesional, dan profesional. Terima kasih banyak.
"Sebenarnya kami nak kelihatan meyakinkan, kami nak nampak seperti kamu (atlet MMA), jadi secara tak langsung filem ini memberi penghormatan kepada bidang (MMA) ini. Sebenarnya ada ramai atlet MMA di tanah air, ramai yang mewakili negara ini. Jadi, saya harap mereka dapat pengiktirafan.
"Latihan kami mereka yang tolong. Kalau tak, kami pun tak tahu apa nak buat... mungkin bersalam-salaman sajalah kot?" katanya pada sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Filem 'Sangkar' di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zul berharap filem ini dapat memberi impak dalam industri filem tempatan selain industri sukan MMA.
"Harapan saya untuk filem ni, kita nak ada impak dalam industri. Ini filem MMA pertama (di Malaysia), dan ia gabungkan saya dengan ramai artis seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Ray, dan ramai lagi untuk kali pertama.
"(Penggambaran) pada bulan puasa, kami kerja dalam keadaan seronok, seperti keluarga kerana kita tahu hendak hasilkan sesuatu yang bagus," katanya.
Filem 'Sangkar' mengisahkan tentang dua petarung MMA, Adam (Zul) dan Johan (Remy) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharungan mereka.
Selain pelakon yang disebutkan, filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel dan Rashid Salleh yang juga merupakan Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA).
Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA sebenar seperti Andy Teh dan bekas petarung UFC James 'Sledgehammer' Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.
Runut bunyi rasmi lagu tema yang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA.
Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.
Pengguna laman sosial juga boleh menggunakan tanda pagar #SangkarMovie bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.
Haider Yutim
Thu Aug 22 2019
Filem 'Sangkar' mengisahkan tentang dua petarung MMA, Adam (Zul) dan Johan (Remy) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharungan mereka. - Foto Astro Shaw/Infinitus Gold
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
'Sangkar' satu penghargaan kepada atlet MMA tanah air - Zul Ariffin
Pelakon popular Zul Ariffin menyifatkan filem 'Sangkar' sebagai satu penghargaan kepada atlet-atlet seni bela diri campuran (MMA) di negara ini.