awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya bukan bodoh sangat nak 'selfie' berdekatan jenazah ibunya" - Zahirah Macwilson bidas Zul Ariffin

Gempak
Gempak
15/04/2018
09:24 MYT
"Saya bukan bodoh sangat nak 'selfie' berdekatan jenazah ibunya" - Zahirah Macwilson bidas Zul Ariffin
Zahirah (kiri) dia tidak faham dengan tindakan Zul Ariffin yang seakan mahu memburukkannya. - Foto Astro Gempak
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang mendakwa dirinya seronok 'berselfie' bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu Zul ketika di dalam masjid. Menerusi sebuah temu bual, Zul, 31, mengesahkan cinta mereka telah menemui titik noktah dan mendakwa Zahirah 'berselfie' dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif. BACA: Putus cinta, Zul Ariffin menyampah lihat Zahirah 'selfie' berdekatan jenazah arwah Ibu "Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus? "Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu. "Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada. "Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja," kata Zahirah ketika dihubungi oleh Astro Gempak. Tambah bintang drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini, dia tidak faham dengan tindakan Zul yang seakan mahu memburukkannya. "Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah? "Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini. "Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini," katanya optimis mengakhiri perbualan. Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Zahirah & Zul
Topic Berkaitan
#arwah ibu
#Astro
#berselfie
#filem
#fitnah
#jenazah
#pelakon
#selfie
#Zahirah MacWilson
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan