awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
Penyokong Arsenal ‘meroyan’ susulan dua keputusan VAR ketika bertemu United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya bukan diva, jauh sekali primadona" - Lisa Surihani

Gempak
Gempak
23/04/2018
07:45 MYT
"Saya bukan diva, jauh sekali primadona" - Lisa Surihani
Menurut Lisa, dirinya masih sama seperti dahulu walaupun sudah berada dalam industri sejak mula menceburi dunia komersil pada usia 11 tahun. - Foto Instagram - @iamlisasurihanic
PELAKON Lisa Surihani tidak pernah menggangap dirinya sebagai seorang primadona walaupun pernah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri seni.
Menurut Lisa, dirinya masih sama seperti dahulu walaupun sudah berada dalam industri sejak mula menceburi dunia komersil pada usia 11 tahun.
"Sejujurnya saya tidak pernah menggangap diri ini sebagai diva mahupun primadona.
"Saya masih sama seperti dulu dan perkara itu juga tidak pernah saya fikirkan apabila mula serius berlakon pada 2008.
"Saya bukan diva, jauh sekali primadona. Apa yang saya lakukan sebelum ini adalah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.
"Niat saya masuk industri adalah untuk mencari rezeki yang halal dan belajar mengenai selok belok dalam industri hiburan kerana itu merupakan minat saya sejak kecil," katanya kepada Astro Gempak.
Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.
Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#diva
#hiburan
#konsert
#Kuala Lumpur
#Lisa Surihani
#primadona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan