Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan juga Vanidah Imran akhirnya membuka mulut mengenai status rumahtangga mereka dengan mengumumkan bahawa kedua-duanya kini sudah tidak bersama lagi.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Rashidi atau lebih dikenali sebagai Shidi di laman Instagramnya, dia dan Vanidah telah sah bercerai selepas memfailkan pembubaran perkahwinan mereka pada 9 Ogos 2018 lagi.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu, mereka telah memutuskan ikatan tersebut dengan baik dan saling hormat menghormati selepas mengharungi kehidupan bersama selama 18 tahun.

Shidi juga turut memohon kemaafan kerana lambat mengumumkan status rumahtangga mereka kerana perlu menghormati perasaan kedua-dua keluarga.

Beliau dengan rendah diri juga turut mengakui kelemahan yang mungkin dari dirinya sebagai pemimpin institusi kekeluargaan dan sebagai orang yang dilantik sebagai imam perlulah betanggung jawab sepenuhnya.

"Dalam perkahwinan, perkongsian runtuh hanya boleh dipersalahkan oleh Imam itu. Ia mungkin atau mungkin tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar melalui yang baik dan buruk. Saya bukan sama sekali seorang Imam yang baik," katanya dalam kapsyen tersebut.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kerana peminatnya dan juga Vanidah kerana selama ini sentiasa menyokong mereka selama ini yang membolehkan mereka mengecapi kejayaan dalam industri hiburan tanah air.

Kedua-dua mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.