Tutup

'Saya gembira diberi kebebasan ...' - Diana Danielle

'Saya gembira diberi kebebasan ...' - Diana Danielle
Menurut Diana, cabaran utama untuk lakonan kali ini adalah untuk menentukan identiti sebenar untuk watak yang diberikan kepadanya. - Foto IG Diana Danielle
AKTRES Datin Diana Danielle berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan dalam filem terbaru, Gol & Gincu 2 (GG2).

Menurut Diana, cabaran utama untuk lakonan kali ini adalah untuk menentukan identiti sebenar untuk watak yang diberikan kepadanya.

"Saya bawa watak sebagai seorang gadis bernama Zak, saya gembira kerana diberi kebebasan untuk menambah suntikan tersendiri terhadap watak tersebut.

"Mencari dan menenukan identiti sebenar Zakiah merupakan cabaran terbesar untuk lakonan saya dalam GG2 ini," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Lakonan Diana dan Ummi Nazeera serta beberapa wajah baru dalam industri filem tempatan mewarnakan lagi filem GG2.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2 yang bakal mula ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober ini