Tutup

"Saya mengaji bukan untuk menunjuk sebaliknya ....." - Lisa Surihani

"Saya mengaji bukan untuk menunjuk sebaliknya ....." - Lisa Surihani
Menurut Lisa, bacaannya masih tidak lagi sempurna selain perkara tersebut bertentangan dengan tujuan asalnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
PELAKON Lisa Surihani mengakui ada sebab tersendiri kenapa tidak berkongsi aktiviti mengajinya di media sosial.

Menurut Lisa, bacaannya masih tidak lagi sempurna selain perkara tersebut bertentangan dengan tujuan asalnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Saya mengaji bukan untuk menunjuk sebaliknya untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"kalau saya berkongsi aktiviti tersebut di media sosial ia dah lari daripada tujuan asal saya.
"Lagipun bacaan saya masih tidak sempurna. Namun ada juga sesekali itu saya berkongsi mana-mana ayat Al-Quran yang dibaca kepada pengikut saya.

"Sekurang-kurangnya dengan cara itu saya dapat berkongsi ilmu dengan mereka di media sosial," katanya kepada Gempak.
{BACA:“Impian Saya Nak Khatam Quran Di Bulan Ramadan, Tapi...”- Lisa Surihani}

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk rekod, Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.


Tag: Lisa Surihani, media sosial, solat, Ramadan, Kuala Lumpur, pelakon, hiburan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.