Tutup

Saya mohon maaf, doakan yang terbaik buat saya dan Mawar - Fizo Omar

Saya mohon maaf, doakan yang terbaik buat saya dan Mawar - Fizo Omar
Fizo mengakui bahawa hubungannya bersama dengan Mawar kini sedang diuji - Foto Instagram@mawar_karim/@fizoomar
KUALA LUMPUR: Sebelum ini, ramai sedia maklum mengenai hubungan pelakon dan usahawan, Fizo Omar serta isterinya, Mawar Abdul Karim yang didakwa sedang mengalami masalah.

Pagi ini, Fizo melalui satu entri di laman sosial Instagramnya, memberitahu apa jua keputusan mahkamah yang diterimanya nanti akan diterima dengan hati yang terbuka.

Beliau juga meminta maaf kepada semua pihak terutama, pihak media, peminat dan rakan-rakan kerana tidak dapat menjawab semua soalan yang diaju kepadanya.

"Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak," tulisnya di kapsyen Instagram.

Fizo, 33, juga memohon agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar, 30 agar dapat menemui jalan penyelesaian.

Beliau mengakui bahawa hubungannya bersama dengan Mawar kini sedang diuji.
Tambahnya, apa jua yang terjadi hubungannya bersama Mawar akan tetap baik demi membesarkan anak mereka, Wan Maryam.

BACA: 'Comel macam anak patung!' - Netizen cair tengok anak Fizo dan Mawar

BACA : Rumah tangga berantakan? Ini jawapan Fizo Omar...


Terdahulu, spekulasi hubungan bertiup kencang apabila pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Fizo dilaporkan menyambut lebaran di Kelantan manakala Mawar dan anak mereka, Wan Maryam pulang ke Pulau Pinang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI. . Sebelum tu sya ign memohon maaf kpd smua rakan media,kwn2, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar ttg cabaran yg dihadapi dalam rumah tangga sya dan mawar.buat masa ini, saya tidak dpt nak menjawab segala persoalan rakan2 mahupun media yg bertalu2 .tidak dinafikan yg rumah tangga sya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua.sya amat berharap terutama pihak media dan netizen dpt bersabar dan memahami situasi kami. . Sesiapa sahaja yg mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah utk di uji bermaksud kita mampu utk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA.mungkin setiap kejadian yg berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah,setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah.dan hikmah bergantung kpd kita yg menerimanya.sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya. . Walau apa yg berlaku sekalipun,insyallah hubungan sya dan mawar akn terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yg kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. semoga Allah memberkati Mawar dan sya sentiasa doakan yg terbaik utk semua. . Apa2 pun keputusan mahkamah nanti sya terima dan sya memohon maaf dan juga memaafkan smua pihak.Doa yg baik2 daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yg terbaik antara sya dan mawar. . Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, sya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA. . Saya amat berharap, semua pihak dpt memberi ruang kpd kami utk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. . Terima kasih sekali lagi, kepada semua yg me berikan Kata2 semangat, doa yg baik2, dan saya juga memaafkan segala komen2 mahupun fitnah yg dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. . Doakan.. Doakan.. Terima kasih

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on




Tag: Fizo Omar, Mawar, Wan Maryam, Perkahwinan, Masalah, Doa, Fizo bercerai, Mawar bercerai, pelakon, usahawan tudung



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.