PENYANYI Ariana Grande memaklumkan dia mungkin akan kekal single selama-lamanya selepas perpisahan dengan pelawak, Pete Davidson.

Bintang muda berusia 25 tahun itu berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peminat di Twitter.

Tweet daripada peminat berbunyi "Siapa teman lelaki Ariana sekarang?"

"Untuk sepanjang tahun ini, atau mungkin sepanjang hidup saya, tiada sesiapa," balas Grande.

Dia kemudian memberitahu pengikutnya yang berjumlah 59 juta, agar merujuk semula tweet tersebut pada masa depan.

Grande dan Davidson bertunang pada Mei tahun lalu, namun pertunangan itu putus kira-kira sebulan selepas bekas teman lelaki Ariana, Mac Miller, ditemui mati di rumahnya, dipercayai akibat penyalahgunaan dadah.

Perpisahan itu dikatakan menjadi inspirasi untuk Grande mencipta lagu hit terbaharunya, Thank U, Next.