ANGGOTA kumpulan UNIC, Fakhrul dilaporkan terlibat dalam kemalangan selepas motosikal yang dibawanya terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kemalangan tersebut berlaku ketika Fakhrul dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Menurut Fakhrul, dia bersyukur kerana kemalangan itu tidak meragut nyawanya dan hanya mengalami patah tulang betis dibahagian kaki kanannya.
“Motor yang saya bawa itu terbabas kerana jalan licin akibat hujan yang baru sahaja selepas turun.
“Ketika itu saya baru sahaja selesai mengacarakan program Bismillah Addhuha. Benda dah nak berlaku, saya redha dan besyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Hanya patah tulang betis, tangan terseliuh dan juga sedikit calar - balar dibahagian badan. Mujur kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kenderaan.
“Alhamdulillah saya okay, terima kasih kepada mereka yang membantu dan saya mohon peminat doakan supaya saya cepat sembuh”, katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Dalam pada itu, Fakhrul juga memberitahu dia masih belum dapat memastikan keberangkatannya ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji kerana keadaannya tidak mengizinkan.
“Kalau diikutkan saya akan berangkat menunaikan ibadah haji dua minggu lagi namun disebabkan keadaan saya begini, kena tunggu keputusan doktor terlebih dahulu,” jelasnya.
Fakhrul kini ditahan di Pusat Perubatan Kelana Jaya selepas mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan.
Teks oleh: Mya Amri
Kredit foto: Azlan (rakan Fakhrul)
Gempak
Thu Aug 03 2017
Fakhrul berkata dia masih belum dapat memastikan keberangkatannya ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji kerana keadaannya tidak mengizinkan. - Foto Astro Gempak
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Alami jangkitan dalam usus, Fakhrul UNIC masuk hospital
Jangkitan tersebut menyebabkan Fakhrul sakit perut yang teruk dan demam sejak Jumaat lalu.
'Boleh bawa bincang' - UNIC enggan panjangkan isu dengan Caprice
Wakil kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul memberitahu pihaknya bersedia untuk duduk semeja dengan rapper Caprice bagi meleraikan kemelut yang berlaku.
Selisih faham dengan Bazli punca Najdi tarik diri dari UNIC?
Anggota UNIC, Fakhrul terkejut apabila Najdi, memberi kenyataan menarik diri dari kumpulan tersebut.
UNIC kumpul peminat, bakat baru nasyid dari Thailand, Brunei & Indonesia
Fakhrul UNIC berkata idea tersebut tercetus hanya beberapa bulan yang lalu dan mereka tidak menyangka apabila menerima 400 penyertaan daripada empat negara tersebut termasuk Malaysia.
Disyaki masuk Syria secara haram, ahli kumpulan UNIC ditahan
Pengurus IG turut meminta agar semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tiga ahli UNIC itu iaitu Fakhrul, Bazli dan Nakdi dengan hashtag #prayforunic.
Saya okay cuma patah tulang betis - lagi dua minggu nak tunaikan haji, Fakhrul UNIC kemalangan
Kemalangan tersebut berlaku ketika Fakhrul dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.