PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah di Instagram.

Menerusi laporan Harian Metro, Aliff kini sedang berbincang dengan keluarganya sebelum memberi apa-apa kenyataan.

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya berkelakuan pelik selepas bergandingan dengan Oktovia dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.

BACA: Aliff Aziz kantoi buat hal lagi dengan pelakon Oktovia Manrose

Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.

Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.

Sumber: Harian Metro

[BACA: "Sama-Sama Pergi Club, Menari-Menari Peluk & Mabuk" - Bella Astillah Tunjuk Bukti Aliff Aziz Curang Dengan Oktovia Manrose? ]

[BACA: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan, Bella Astillah Pula Ada Bukti Video Kecurangan Aliff Aziz]

[BACA: "Kebenaran Sudah Reveal, You Should Clean Your Name Back" - Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama Dari Kontroversi Aliff Aziz, Ini Jawapan Tuan Punya Badan ]