Tutup

Saya suka 'stalk' - As'ad Motawh

Saya suka 'stalk' - As'ad Motawh
Menurut As'ad Motawh, dia berharap pengikutnya tidak mengaktifkan mod privasi supaya dia juga dapat melihat siapakah peminatnya. - Foto Sinar Harian
PENYANYI popular menerusi lagu Senyum memberitahu dia mempunyai hobi suka stalk pengikutnya di media sosial.

Menurut As'ad Motawh, dia berharap pengikutnya tidak mengaktifkan mod privasi supaya dia juga dapat melihat siapakah peminatnya.

"Saya sebenarnya suka stalk siapa yang mengikut akaun saya. Jadi, tolonglah jangan privasikan akaun anda. Ia menjengkelkan saya ... hahaha," luahnya menerusi Twitter.

As'ad yang mempunyai pengikut sebanyak 16,000 di akaun Twitter, rata-rata membalas twitnya itu dengan mencadangkan agar As'ad meninggalkan jejak sebagai tanda dia sudah 'stalk' di akaun peminat.

Selepas pendedahan tersebut dibuat menerusi akaun Twitternya, di Instagram pula ramai yang menghujani ruang komen memberItahu kepada As'ad mereka sudah mematikan mod privasi berkenaan.